DANA SYIAR ISLAM

YANG DIPERTUA PAS KAWASAN KOTA MELAKA

YANG DIPERTUA PAS KAWASAN KOTA MELAKA
PENYELIA PAS DUN TELOK MAS

8 Feb 2012

AWAS !

PERINGATAN BUAT IBU & BAPA !


Baru-baru ini Penduduk Kampung Telok Mas dan Taman Seri Telok Mas di kejutkan dengan kehadiran 'Video Lucah' yang dilakukan oleh pihak yang 'tiada akhlak islamiah' di dalam diri .


Kegiatan menyebarkan video lucah ini di lakukan di sekitar Taman Seri Telok Mas dan kawasan Kampung berdekatan dipercayai pada waktu sebelum subuh. Ini kerana , bungkusan yang disebarkan tidak dibasahi embun malam.


Faktor 'dendam politik' terhadap Dato' Seri Anwar, anak-anak sebangsa dan seagama telah ditelanjangkan minda serta boleh menggugat iman mereka oleh pihak tertentu dengan menabur 'VCD Lucah Perzinaan' di hadapan rumah-rumah penduduk sekitar Telok Mas,Pernu dan Bukit Pegoh dengan matlamat menyebarkan fitnah .


Mereka yang tidak berakhlak Islamiah ini memasukkan VCD ini ke dalam peti surat penduduk dan juga di halaman rumah. Berdasarkan maklumat, golongan jahiliah ini di upah lumayan oleh pihak tertentu untuk melakukan kerja haram mereka.


Paling menyedihkan , mereka mencetak kulit VCD ini dengan gambar Dato Seri Anwar serta meletakkan perkataan 'Buku Jingga' dan memaparkan logo 'Pakatan Rakyat'.


Awas buat kita semua !,Andai ternampak 'VCD haram' ini di dalam rumah kita. Tidak perlu memainkannya di VCD player kerana haram di tonton. Tidak kah kita bimbang, anak bangsa yang menontonnya boleh merosakkan minda dan menggugat keimanan untuk mencuba melakukan akhlak terkutuk ini.


Mereka yang melakukan ini tidak memikirkan balasan azab kelak.Beribu keping VCD lucah ini di edarkan. Bagaimanakah mereka akan menjawab kelakuan mereka ini di hadapan Allah nanti.


Buat remaja islam di luar sana,kuatkan iman kita agar tidak menonton VCD haram ini. Allah akan memberi ganjaran yang sebaiknya apabila kita menahan nafsu untuk melihatnya.. Insya Allah... Amin...


RISALAH MENGHINA INI JUGA DI SERTAKAN  BERSAMA CD LUCAH HARAM INI.

KULIT VCD HARAM INI DICETAK GAMBAR DATO SERI ANWAR DAN MENGHINA PAKATAN RAKYAT.